SPONSOR

Thursday 3 December 2015

Kopi dan Koko Mata untuk Penyembuhan Sakit Kronik dan Kesihatan Mata

Kebanyakan orang suka minum kopi. Ada yang menggelar diri 'hantu kopi'. Maksudnya kalau sehari tak dapat minum kopi tu, rasa tak semangat dan macam lesu. Ada yang menggigil. Bagi aku, tiga hari tu kira 'limit'nya lah. Lepas tu memang menggagaulah cari kafein.

     Minum kopi saja-saja memang rasa rugi. Sebab tu kami sekeluarga sentiasa tercari-cari kopi yang sedap. Dah sedap tu, nak juga ada khasiat.

Kopi mata dan koko mata ni memang pilihan kami yang pertama. Sebabnya? Rasanya yg tak manis tapi lemak berkrim. Sesuai sangatlah dengan kami yang tak suka manis sangat. Manis pencuci mulut tu lain. 

Kopi mata dan koko mata ni adalah keluaran tempatan di bawah jenama Cengreen Global Sdn. Bhd. Syarikat ni ditubuhkan 4 tahun lepas. Aku kenal jenama ni tahun 2014 semasa buka gerai di Eheh Megabazaar di MAEPS, Serdang. Tertarik dengan nama popularnya iaitu kopi mata dan koko mata, sesuai dengan masalah mata yang dialami cik abe Zam yang bercermin mata sejak darjah 5 dan mata aku sendiri yang silau. Siaplah kalau pandu kereta malam2. Terkenyit-kenyit mata. Adeh! Bertambah kerut dan kedut plaks.


Cen-coco dan Cen-roma atau lebih dikenali sebagai kopi mata dan koko mata.

     Jadi, amacam? Korang tak mahu cuba? Boleh tanya di FB Benda Sedap untuk maklumat lanjut. 






Monday 10 November 2014

Bahan Aktif dalam Ephyra

     TAHUKAH ANDA?

Ada 9 anti-oksidan dalam minuman kesihatan Ephyra:-

1. Acai beri

2. Gam akasia

3. L-glutathione

4. Astaxantin

5. Acerolla ceri

6. Bunga Marigold

7. Serbuk tomato

8. Superberi

9. Kolagen ikan laut dalam

Fungsi setiap satu anti-oksida iaitu 9 bahan utama dalam Ephyra :-

1. Kolagen ikan laut dalam 

a. Ia dihasilkan dari spesis ikan putih laut dalam yang berasal dari Perancis.

b. Mengembalikan keremajaan kulit.

c. Mengandungi agen anti-oksida semulajadi yang melindungi sel badan dari radikal bebas. 

d.Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit.

2. Acai beri

a. Mengurangkan risiko kanser.

b. Anti-penuaan, anti-bakteria, anti-radang dan menguatkan sistem kardiovaskular.

c. Kaya dengan sumber vitamin dan mineral termasuk tinggi kandungan omega 6 dan 9.

d. Kaya dengan serat makanan, meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol badan.

3. Gam akasia

a. Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL iaitu kolesterol baik dalam badan.

b. Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan.

c. Kaya dengan serat yang menyerap toksin dan disingkirkan melalui proses penghadaman.

4. L-Glutathione

a. Memperbaiki tekstur kulit menjadi lebih lembut, halus dan muda.

b. Melindungi kulit dari kerosakan sel dari proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.

c. Mengurangkan proses pembentukan pigmen yang memberikan penampilan kulit lebih cerah dan berseri.

d. Meningkatkan imunisasi badan.



5. Astaxantin

a. Memulihkan kesakitan sendi, sakit otot dan arthritis.

b. Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit.

c. Meningkatkan daya tenaga dan stamina badan.

6. Serbuk tomato

a. Mengandungi vitamin A dan C.

b. Meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah.

c. Membantu pesakit kencing manis menjaga tahap gula dalam darah supaya berada dalam kawalan.

d. Vitamin A dalam tomato membantu menguatkan dan mengilatkan rambut. Baik juga untuk mata, gigi dan tulang.


7. Acerolla ceri

a. Meningkatkan sistem imunisasi badan, menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat.

b. Kandungan Vitamin C yang tinggi dapat merangsangkan pembentukan kolagen dalam badan yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.

c. Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi dari penyakit kardiovaskular dan masalah mata.


8. Ekstrak bunga Marigold

a. Mengandungi karotenoid anti-oksida yang membantu melindungi sel badan dari kerosakan yang diakibatkan radikal bebas atau molekul merbahaya.

b. Berkesan dalam merawat pelbagai masalah radang kulit, kulit berjerawat dan eczema.

c. Menstabilkan kelembapan kulit yang membantu mereka yang mempunyai kulit kering dan sensitif.


9. Superberi

a. Mengandungi kandungan anti-oksida yang tinggi.

b. Melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.

c. Sumber Vitamin C, zat besi dan pottasium terbaik.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Marilah sama-sama merasai kebaikan minuman kesihatan Ephyra




Monday 20 October 2014

Minuman Kesihatan Ephyra

     Aku rasa dah ramai antara korang yang tahu aku pengguna tegar minuman kesihatan Ephyra. Biasa sebelum beli, prospek akan bertanya apa khasiat Ephyra ni. Aku tak 'cong' atau goreng lelebih. Aku bagi testimoni sendiri je. Lagipun ini minuman kesihatan tambahan. Bagi aku, kita perlu ambil mender2 macam ni tak kira jenama. Asal memberi kualiti kesihatan yang bagus untuk kita.
     Inilah antara khasiat dan kesan pengambilan minuman kesihatan Ephyra secara konsisten.




Sunday 2 June 2013

Char Kuey Teow Abe Zam

     Aku percaya ramai yang suka makan char kuey teow kan? Makan nasi dan roti jer kadang-kadang rasa jemu. Biasanya char kuey teow dimakan pada waktu malam.

     Tapi masalahnya nak cari gerai yang menjual char kuey teow bukannya mudah. Masa terasa nak makan tu gerai tutup atau dah tak berniaga lagi. Lepas tu kalau nak cari yang halal pun susah.

     Yang paling bagusnya, Char Kuey Teow Abe Zam boleh datang ke rumah korang. Kalau korang berhajat nak buat sebarang majlis tak kira hari jadi, kenduri kahwin, majlis bercukur, kenduri kesyukuran dan macam-macam lagi. Lagipun puasa dah nak dekat. Kemudian tiba pula Hari Raya dan musim rumah terbuka plaks. Boleh saja mula tempah perkhidmatan memasak char kuey teow ini di rumah korang.

     Berapa order minimum? 50 pinggan sahaja dan harga sepinggan adalah RM 5.00.

     Lokasi korang kat mana-mana pun insyaallah Char Kuey Teow Abe Zam boleh sampai. Boleh hubungi dulu untuk berbincang.


Sepinggan RM 5. Ada kerang dan udang yang dikupas. Ini tanpa daun kucai tapi tetap sedap.

Berminat? Boleh hubungi nombor pada kad perniagaan di bawah atau isi borang di sebelah...

 





Monday 27 May 2013

Vita C Drinks Cocoa

     Entri sebelum ini memperkenalkan Sunti Drink Cappucino. Minuman kolagen juga. Kali ini aku nak perkenalkan satu lagi produk minuman yang tak kurang juga sedapnya. Minuman ini sesuai bagi korang yang tak suka kopi.


     Bahan atau ekstrak yang terkandung dalam minuman Vita C Cocoa ni lebih kurang dalam Sunti Drinks gaks. Korang boleh tengok kat kotak tu. Rasanya? Memang sangat bercoklatlah. Kat umah ni; Si Imran Zamir yang selalu membancuhnya. Sehari kalau boleh nak 2-3 kali tapi kena kawallah.

     Berminat? Boleh isi borang di sebelah dan kami akan follow-up. Ada 20 sachet juga dan berharga hanya RM 28.00.

     Mai-mai pesan!



   

Saturday 20 April 2013

Sunti Drink Cappucino

     Sekarang ni produk yang mengandungi kolagen memang hangat dalam pasaran. Yang asli dari rumpai laut atau diproses; pilih sahaja yang mana berkenan dan boleh ditelan. Yang penting usaha untuk kekal sihat dan cantik perlu untuk setiap orang.

     Aku berkenan dengan produk ALB ini. Setelah diperkenalkan oleh anak saudaraku, kami sekeluarga memang menggemari rasa serbuk minuman pracampur  dari syarikat ini. Sementelah pula, lokasi syarikat dan kilangnya berdekatan rumah abang ipar/ kakakku. Senang nak amek stok..

     
Inilah rupanya.

 Maklumat berguna

Setelah dibuka kotaknya.

Rasanya memang lembut dan berkrim. Pakai cawan atau kole yang kecil sahaja untuk menikmati rasa yang sepatutnya.

 Secawan air panas dan 1 sachet Sunti Drink Cappucino mampu memberi semangat dan kesegaran pada setiap pagi.

Harga sekotak Sunti Drink Cappucino? Hanya RM28.00. Ada 20 sachet. Minum sekali sehari sahaja.

Berminat? Boleh isi borang di sebelah. Sebarang pertanyaan boleh ajukan di FB Benda Sedap