SPONSOR

Sunday 2 June 2013

Char Kuey Teow Abe Zam

     Aku percaya ramai yang suka makan char kuey teow kan? Makan nasi dan roti jer kadang-kadang rasa jemu. Biasanya char kuey teow dimakan pada waktu malam.

     Tapi masalahnya nak cari gerai yang menjual char kuey teow bukannya mudah. Masa terasa nak makan tu gerai tutup atau dah tak berniaga lagi. Lepas tu kalau nak cari yang halal pun susah.

     Yang paling bagusnya, Char Kuey Teow Abe Zam boleh datang ke rumah korang. Kalau korang berhajat nak buat sebarang majlis tak kira hari jadi, kenduri kahwin, majlis bercukur, kenduri kesyukuran dan macam-macam lagi. Lagipun puasa dah nak dekat. Kemudian tiba pula Hari Raya dan musim rumah terbuka plaks. Boleh saja mula tempah perkhidmatan memasak char kuey teow ini di rumah korang.

     Berapa order minimum? 50 pinggan sahaja dan harga sepinggan adalah RM 5.00.

     Lokasi korang kat mana-mana pun insyaallah Char Kuey Teow Abe Zam boleh sampai. Boleh hubungi dulu untuk berbincang.


Sepinggan RM 5. Ada kerang dan udang yang dikupas. Ini tanpa daun kucai tapi tetap sedap.

Berminat? Boleh hubungi nombor pada kad perniagaan di bawah atau isi borang di sebelah...

 





Monday 27 May 2013

Vita C Drinks Cocoa

     Entri sebelum ini memperkenalkan Sunti Drink Cappucino. Minuman kolagen juga. Kali ini aku nak perkenalkan satu lagi produk minuman yang tak kurang juga sedapnya. Minuman ini sesuai bagi korang yang tak suka kopi.


     Bahan atau ekstrak yang terkandung dalam minuman Vita C Cocoa ni lebih kurang dalam Sunti Drinks gaks. Korang boleh tengok kat kotak tu. Rasanya? Memang sangat bercoklatlah. Kat umah ni; Si Imran Zamir yang selalu membancuhnya. Sehari kalau boleh nak 2-3 kali tapi kena kawallah.

     Berminat? Boleh isi borang di sebelah dan kami akan follow-up. Ada 20 sachet juga dan berharga hanya RM 28.00.

     Mai-mai pesan!



   

Saturday 20 April 2013

Sunti Drink Cappucino

     Sekarang ni produk yang mengandungi kolagen memang hangat dalam pasaran. Yang asli dari rumpai laut atau diproses; pilih sahaja yang mana berkenan dan boleh ditelan. Yang penting usaha untuk kekal sihat dan cantik perlu untuk setiap orang.

     Aku berkenan dengan produk ALB ini. Setelah diperkenalkan oleh anak saudaraku, kami sekeluarga memang menggemari rasa serbuk minuman pracampur  dari syarikat ini. Sementelah pula, lokasi syarikat dan kilangnya berdekatan rumah abang ipar/ kakakku. Senang nak amek stok..

     
Inilah rupanya.

 Maklumat berguna

Setelah dibuka kotaknya.

Rasanya memang lembut dan berkrim. Pakai cawan atau kole yang kecil sahaja untuk menikmati rasa yang sepatutnya.

 Secawan air panas dan 1 sachet Sunti Drink Cappucino mampu memberi semangat dan kesegaran pada setiap pagi.

Harga sekotak Sunti Drink Cappucino? Hanya RM28.00. Ada 20 sachet. Minum sekali sehari sahaja.

Berminat? Boleh isi borang di sebelah. Sebarang pertanyaan boleh ajukan di FB Benda Sedap

























Tuesday 15 January 2013

SF Beauty Set

     Aku memang mengalami masalah pori-pori muka terbuka dan nampak jelas. Sementelah lagi usia aku dah masuk 35 tahun. Korang tengok sendiri...


Gegambo di usia 34 tahun. Sebelum menggunakan produk SF Beauty Set. Perhatikan tarikh gambar diambil.

6 hari selepas penggunaan produk SF Beauty, inilah hasilnya..



Seterusnya selepas beberapa hari dan minggu..





     Lebih kurang sebulan menggunakan SF Beauty Set, aku rasa sangat berpuas hati. Aku nak teruskan lagi. Korang nak tau cemana produknya?

 Inilah mendernya. Dalam kotak panjang belah kiri ada 2 krim; siang dan malam. Belah kanan adalah pencucinya. Nak jimat tuh jadi aku potong 4..ehhehehe

1 set ini berharga RM120.00 sahaja + RM6 kos pos. 

     Produk SF Beauty ini adalah produk keluaran terbaru dari Kelantan. Berasaskan Vitamin E dan tidak menggelupaskan kulit.

 Sebulan aku guna, masih banyak lagi.

Kegunaannya. Cara nak pakai hanya calit/ambil dengan hujung jari dan calit sikit2 ke dahi, hidung, kedua2 belah pipi dagu dan leher pun boleh. Kemudian, ratakan ke seluruh muka. Dah siap untuk keluar bekerja/bersiar2. Krim malam plaks sama sahaja. 

1 set ini berharga RM120.00 sahaja + RM6 kos pos.  

Cara2 penggunaan sabun pencuci muka ini:
     1. Basahkan sabun dengan air. Buat buih banyak2.
   2. Cuci dan urut muka perlahan2. Ratakan sehingga ke leher.
   3. Biarkan lebih kurang 5 minit.
   4. Bilas dan keringkan muka.
SIAP!! Dah boleh pakai krim siang atau malam.

 1 set ini berharga RM120.00 + RM6 kos pos.

Berminat? Sila ikuti langkah2 pembayaran dan isi borang di sebelah kanan korang dan aku neh...